'Memalukan negara!'

  • 6 years ago
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan menyelar cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker, kerana tidak mengikuti prosedur yang betul.

Kata Takiyuddin, ini menyebabkan tindakan anggota Parlimen BN dan PAS keluar Dewan Rakyat bagi membantah cadangan tersebut.

Takiyuddin menyifatkan kerajaan Malaysia Baru kini menafikan kebebasan bersuara ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Terdahulu, setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya menerima surat daripada Mahathir berhubung cadangan pelantikan Mohamad Ariff pada 2 Julai lalu.

https://youtu.be/EvgydlCKwWs - Dewan Rakyat kecoh, hanya KJ dan Anifah tidak keluar dewan

Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain keluar dewan.

Recommended