Kastam rampas mercun dan bunga api

  • 6 tahun lalu
TUMPAT 30 Mei - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas mercun dan bunga api seludup bernilai RM 151,160 dengan nilai cukai RM98,254 yang merupakan rampasan terbesar setakat ini tahun ini dalam Ops Raya Puasa 2018 yang dijalankan tiga hari lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, bertindak atas maklumat awam, anggota penguatkuasa mengesan sebuah lori kanvas 10 tan jenis Nissan UD yang membawa 279 kotak mercun seberat 7,558 kilogram itu di persimpangan lampu isyarat Machang - Kuala Krai kira-kira pukul 11.30 malam pada Ahad lalu.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.