Rumah jadi stor senjata, dadah

  • 6 tahun lalu
KOTA BHARU 15 Mac - Kegiatan dua lelaki menjadikan sebuah rumah di Bukit Lata dekat Jeram Perdah, Pasir Mas sebagai stor penyimpanan pistol, peluru serta pelbagai jenis dadah terbongkar selepas kediaman itu diserbu pihak berkuasa, kelmarin.

Selain menahan dua suspek berusia 34 dan 52 tahun berkenaan, serbuan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kubang Badak, Terengganu pada pukul 5 pagi itu turut merampas dua pucuk pistol, 94 butir peluru dan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM32,620.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.