Giling cili meriahkan Pekan Budaya

  • 6 tahun lalu
KUALA TERENGGANU 10 Sept. - Hampir 1,000 penduduk di daerah ini menyertai acara menggiling cili dan rempah beramai-ramai sempena Program Pekan Budaya Kuala Terengganu 2017 di Pantai Baru Buruk di sini petang tadi.

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Ahmad Feizal Haladin berkata, acara yang julung kali diadakan itu bertujuan mengimbau nostalgia batu giling yang digunakan masyarakat dahulu kala bagi penyediaan bahan memasak dalam semangat bergotong-royong.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.