Banjiran penonton di KLCC

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak 'menang tangan' untuk menampung kebanjiran penonton yang berpusu-pusu hadir bagi menyatakan sokongan terhadap peserta Sukan SEA 2017 sebentar tadi.

Sebahagian daripada mereka terpaksa berada di luar memandangkan tempat duduk percuma sudah dipenuhi sejak pukul 2.30 tengah hari bagi menyaksikan sambungan 'adegan' wusyu yang berlangsung di Dewan 5, KLCC hari ini.