KLCC sedia sambut Sukan SEA

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bakal menjadi venue bagi wushu, karate, silat, taekwondo, judo serta billiards dan snooker Sukan SEA ke-29 kini telah siap 90 peratus.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya beberapa perkara melibatkan papan iklan dan penambahbaikan dari segi visual sahaja masih sedang dalam proses penyiapan.