Nanasheme dan Eyza Bahra disatukan dalam Santai

  • 6 tahun lalu
Nama Nanasheme terus melonjak selepas muncul dengan single berjudul Hantu Atau Buaya ciptaan DJ Fuzz lirik oleh Adib Nahar. Pejam celik, rupa-rupanya anak kelahiran bumi kenyalang ini sudah lima tahun 'berenang' dalam industri hiburan tanah air.
Memulakan langkah bersama label Life Records, Nanasheme sendiri tidak pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan dan sebagai penceramah jemputan anjuran Kelab UMNO Luar Negara.
Tahun demi tahun, kontrak Nanasheme bersama Life Records menghampiri penghujungnya. Hari ini, kontrak yang ditandatangani mungkin disambung, mungkin tidak oleh empunya tubuh.