Kereta musnah terbakar dalam kemalangan, pemandu terselamat

  • 5 tahun lalu
JOHOR BAHRU 9 Feb. - Sebuah kereta Perodua Viva musnah terbakar selepas kenderaan itu melanggar besi penghadang jalan sebelum berpusing lalu terbakar di Kilometer 124 lebuh raya arah selatan dari Pagoh dekat Muar menghala ke Yong Peng, semalam.

Bagaimanapun, pemandu Perodua Viva berwarna putih itu yang berusia 39 tahun terselamat dan hanya cedera ringan.