Pas amalkan politik matang dan konstruktif

  • 6 tahun lalu
MACHANG 12 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pas telah menunjukkan kematangan yang tinggi dalam berpolitik.

Beliau berkata, perkara ini jelas apabila parti itu menjadi pembangkang yang konstruktif kepada kerajaan.

Justeru, Presiden UMNO itu mengucapkan terima kasih kepada Pas yang menunjukkan perubahan berbandinv dahulu demi rakyat dan negara.