Pahlawan cangkul terjun ke medan politik.

  • 5 tahun lalu
Dia mahu menceritakan suka duka, pahit getir hidup petani di Cameron Highlands.
Calon Bebas, Wong Seng Yee atau kini dikenali sebagai ‘abang topi’ tidak kisah kehilangan wang deposit asalkan isu membabitkan golongan petani diberi perhatian sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands berlangsung.

Seng Yee, 40, berkata, dia telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan tidak menyasarkan undian besar akan diterima pada hari pengundian, 26 Januari ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor dengan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran serta dua calon Bebas iaitu, Sallehuddin Ab. Talib dan Seng Yee.