Hishammuddin naikkan semangat atlet ATM

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sempat meluangkan masa bertemu atlet yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan turut menjadi sebahagian daripada kontijen Malaysia di dalam Sukan SEA Ke-29, hari ini.

Pertemuan itu yang diadakan di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, bertujuan untuk menaikkan semangat 72 atlet ATM yang akan bertanding di dalam 14 acara.