95 peratus ruang pameran LIMA 2017 sudah dijual - Hishammuddin

  • 6 tahun lalu
LANGKAWI 24 Feb. - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2017) bermula 21 Mac ini kekal mendapat sambutan syarikat antarabangsa dengan 95 peratus ruang pameran sudah dijual, biarpun dalam keadaan ekonomi dunia agak mencabar sekarang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, LIMA 2017 yang akan berlangsung selama lima hari melibatkan tambahan ruang pameran sebanyak 40 peratus berbanding LIMA 2015, namun tetap mendapat sambutan hangat.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.