Kerepek ubi kayu RK warisan keluarga

  • 6 tahun lalu
BANTING 25 Mei - Bila sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman 'makan ubi kayu' semasa Tanah Melayu di era jajahan Jepun. Kini ubi kayu bukan sekadar satu hidangan malah telah menjadi sebahagian besar tranformasi Industri Usahawan Kecil Sederhana (IKS) dalam industri penghasilan kerepek.

Selama tiga dekad perniagaan Ros Kerepek (RK) telah menghasilkan pelbagai jenis kerepek yang diproses dari bahan mentah hingga siap untuk dijual ke pasaran. Berbekalkan pengalaman selama 30 tahun perniagaan yang di warisi oleh En Fauzi daripada Ayahnya, En Roslan yang juga merupakan pengasas awal pembuatan kerepek dan jenama RK di Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Keluasan 300 ekar tanah kebun dapat memproses ubi kayu untuk pembuatan kerepek dianggarkan sebanyak 5 tan sehari dihasilkan. Malahan anak kedua dari lima beradik ini turut membantu demi mempelajari lebih mendalam mengenai perniagaan turun temurun ini sambil dibantu seramai 50 orang pekerja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/kerepek-ubi-kayu-rk-warisan-keluarga-1.486983#ixzz4iR6Xfo6s
© Utusan Melayu (M) Bhd