Tawaran menerokai tapak warisan dunia Ukraine

  • 5 tahun lalu
HUBUNGAN dua hala antara Malaysia dan Ukraine terus kukuh menyaksikan momentum kemajuan yang baik dalam hamper semua bidang terutamanya perdagangan.

Bermula tahun ini, Kedutaan Ukraine di sini merancang pelbagai program bagi memastikan hubungan akrab antara kedua-dua negara melalui diplomasi masyarakat yang lebih efisien seperti filem festival dan pertunjukan fesyen Ukraine.

Ikuti temu bual wartawan Utusan Malaysia, MD. AZRIN ROSLY bersama Duta Ukraine ke Malaysia, OLEXANDER NECHYTAYLO mengenai perkembangan hubungan bilateral dalam usaha meningkatkan kerjasama dan hubungan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua negara.