Tunai umrah hujung Ramadan

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 27 Mei - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dijangka bakal menyambut 10 hari terakhir Ramadan di Mekah, Arab Saudi sambil mengerjakan ibadah umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

Dalam pada itu, sama seperti tahun-tahun terdahulu, Siti Nurhaliza mengambil keputusan untuk menghadkan aktiviti seninya sepanjang bulan ini bagi memberi tumpuan terhadap amal ibadah serta kerja-kerja kebajikan.

Pun begitu katanya, terdapat juga beberapa undangan majlis berbuka puasa yang harus dihadiri sekadar untuk memeriahkannya, bukan membuat persembahan.

Siti Nurhaliza juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak menerusi satu klip video yang sempat dirakamkan oleh wartawan Mega HITS, Ifqdar Rahman.

Disyorkan