858 pengundi awal mula tunai tanggungjawab

  • 5 tahun lalu
HULU LANGAT 26 Feb. - Seramai 858 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mula menunaikan tanggungjawab masing-masing selepas dua pusat pengundian awal dibuka tepat pukul 8 pagi tadi.

Dua pusat pengundian awal yang dibuka dalam PRK kali ini akan menyaksikan seramai 761 anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mengundi di Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih manakala 97 anggota keselamatan lagi mengundi di Discress Room, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Disyorkan