Konsert Munajat bantu etnik Rohingya

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 30 April - Lebih 300 orang hadir ke Konsert Munajat Untuk Rohingya: Sepasang Tangan Berdoa anjuran bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Melayu) yang diadakan malam ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu etnik Rohingya yang tertindas di tanah air mereka.

Konsert yang turut mendapat sokongan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Istana Budaya dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) itu diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya di sini.

Semua hasil kutipan tiket berharga RM20 dan RM10 untuk pelajar itu akan diserahkan kepada Utusan Melayu untuk mengisi Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji bagi disalurkan kepada etnik minoriti Rohingya bertujuan mengurangkan penderitaan dan kesengsaraan akibat ditekan oleh kerajaan Myanmar.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/konsert-munajat-bantu-etnik-rohingya-1.476025#ixzz4fl279olD
© Utusan Melayu (M) Bhd