Konsert Simfoni Tani meriah

  • 6 tahun lalu
TELUK INTAN 15 April - Kehadiran lebih 3,000 pengunjung sewaktu Konsert Simfoni Tani di sini malam tadi, merupakan realisasi bahawa bidang pertanian mampu menarik penglibatan pelbagai golongan jika diberi pendekatan terkini.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, biarpun tema konsert bertemakan pertanian, corak persembahan yang diiringi dengan tarian dan sketsa tetap menghiburkan penonton.