Lelaki maut dirempuh 4x4, isteri mengandung tercedera

  • 6 tahun lalu
KEMAMAN 6 Nov - Hasrat sepasang suami isteri untuk menikmati makan malam bersama-sama bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer 152.9 Jalan Kuantan - Kuala Terengganu berhampiran Bandar Chukai semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Mohamad Rosley Razak, 41, seorang pekerja swasta di sebuah syarikat petroleum maut manakala isterinya, Amiul Hariana Mohd Sajiri, 24, mengalami kecederaan ringan akibat perlanggaran tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan ia dipercayai berlaku di satu laluan lurus berhampiran sebuah persimpangan lampu isyarat.

Berita lanjut di www.utusan.com.my