Lelaki maut ditembak 18 das tembakan

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 27 Julai - Seorang lelaki maut akibat ditembak sekurang-kurangnya 18 das tembakan oleh penjenayah dalam satu kejadian di simpang lampu isyarat berhampiran Setapak Central, di sini.

Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 30-an sedang memandu kereta Honda Accord di Jalan Taman Ibukota sebelum ditembak oleh penjenayah.

Sehingga kini pihak forensik masih menjalankan siasatan berhubung kes ini - UTUSAN ONLINE