Pekema gesa mansuh RM10,000 yuran AP kereta import
  • 6 years ago
Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menggesa kerajaan memansuhkan yuran RM10,000 untuk Permit Import Terbuka (AP) bagi setiap kenderaan import memandangkan caj itu membebankan pembeli serta penjual.

Presidennya Datuk Zainuddin Abdul Rahman turut berkata pihaknya turut terbeban dengan janji kerajaan terdahulu yang menjanjikan 40 peratus daripada hasil kutipan yuran tersebut diberi kepada ahli Pekema bagaimanapun ia tidak berlaku.

Zainuddin berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bersama DRB-Hicom Bhd Persatuan Pengimport dan dan Zhejiang Geely Holding Group Co, LTD (GEELY) di Menara Ilham, hari ini.

Zainuddin turut berkata dalam sesi taklimat CEP hari ini beliau melahirkan kebimbangan berkaitan khabar angin bahawa sistem AP akan dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, beliau mempertikaikan perkara itu berdasarkan artikel 153 berkaitan hak bumiputera.