Calon PKR tanding PRK Sungai Kandis - PM
  • 6 years ago
Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menampilkan calon daripada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Kandis susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, Isnin lalu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setakat ini masih belum ada senarai pendek calon yang akan bertanding bagi kerusi berkenaan.

Dr Mahathir yang juga pengerusi HARAPAN berkata untuk PRK Sungai Kandis, calon berkenaan akan menggunakan simbol dan bendera parti PKR.