Aktiviti ini berkembang dengan cukup pantas terutamanya selepas ia diiktiraf sebagai salah satu sukan yang bakal dipertandingkan pada Sukan Olimpik 2020 di Toky
  • 6 tahun lalu
Aktiviti ini berkembang dengan cukup pantas terutamanya selepas ia diiktiraf sebagai salah satu sukan yang bakal dipertandingkan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. Secara tidak langsung, ia buka peluang kepada ‘orang baharu’ dan professional untuk gemarkan cabaran dan mampu membantu mengatasi rasa takut kepada ketinggian.

Secara tradisi, aktiviti ini dikelaskan sebagai sukan outdoor namun dengan kehadiran gymnasium seperti Camp5, sukan ini mula jadi trend dalam tempoh yang begitu cepat.
Dengan adanya venue seperti Camp5, aktiviti yang menggabungkan beberapa jenis binaan dan struktur yang direka dengan bongkah tiruan itu membolehkan penggemar sukan ini mendaki pada bila-bila masa, tanpa mengira keadaan cuaca semasa.

Menerusi sukan ini, ia tidak terhad kepada kekuatan dan ketangkasan semata-mata sebaliknya ia juga mengajar anak kecil erti disiplin, prinsip dan integriti sekali gus mampu melahirkan masyarakat yang lebih baik.
Disyorkan