Anwar tampil dalam video raya, 'papa dah rehat lama dalam penjara'
  • 6 years ago
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa amanah rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak akan disia-siakan.

Menerusi sebuah klip video selama 2 minit 30 saat itu, sempena perutusan Aidilfitri, Anwar disoal oleh anaknya, Nurul Nuha mengenai rancangannya selepas dibebaskan dari penjara.

"Kita rehatlah dulu, papa," katanya.

"Rehat? Kan papa dah lama rehat di penjara. Sekarang kita kena terus kerja. Orang tunggu.

“Orang bagi amanah. Kalau kita tidak laksanaka, dukungan mereka itu sia-sia. Kalau kita fikirkan keselesaan kita, samalah (kita) dengan rejim lama,” kata Anwar pula.

Anwar menekankan bahawa matlamat kerajaan sekarang adalah untuk meringankan beban rakyat dan menjadikan demokrasi di Malaysia lebih bermakna bagi rakyat.

Video itu berakhir dengan ucapan Hari Raya Aidilfitri dari seluruh keluarga Anwar.