20 bom gegar selatan Thailand

  • 6 years ago
Hari keempat bulan Ramadan dicemari dengan beberapa insiden keganasan apabila kira-kira 20 butir bom yang kebanyakannya menyasarkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) meletup di beberapa wilayah di selatan Thailand.

Kejadian letupan bom itu berlaku mulai 7 malam tadi (waktu tempatan) di wilayah bergolak Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla.

"Pihak berkuasa mendapat laporan empat butir bom meletup di daerah Muang, Pattani manakala masing-masing sebutir bom meletup di Saiburi, Nongchik dan Yarang. Semua menyasarkan mesin ATM," kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi hari ini.

Beliau berkata dua individu dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di daerah Muang.

Di Narathiwat, pihak berkuasa melaporkan lima butir bom meletup di daerah Benang Setar, Kabang dan Yaha, namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa