Tiga serangan bom bunuh diri di Surabaya

  • 6 years ago
Sembilan terbunuh manakala 40 orang lagi cedera dalam kejadian serangan bom bunuh diri di tiga gereja di Surabaya hari ini.

Pengebom bunuh diri dilaporkan memasuki gereja sebelum meletupkan diri mereka ketika penganut agama Kristian sedang bersembahyang.

Kejadian kira-kira 8 pagi dan hampir serentak itu berlaku di tiga gereja berasingan iaitu Gereja Katolik Santa Maria Tak Bercela, Gereja Kristen Indonesia dan Gereja Pantekosta, menurut polis Indonesia.

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu, kata jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. - Bernama