Kehidupan terawang-awangan di pingir TTDI

  • 6 years ago
Lebih daripada tiga dekad lalu, 98 keluarga pekerja ladang getah Bukit Kiara dipindahkan ke rumah panjang di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Tanah ladang itu diambil alih oleh kerajaan persekutuan.

Walaupun janji diberi yang rumah baru akan dibina dalam tempoh lima tahun untuk semua keluarga itu, sehingga kini mereka masih lagi tinggal di rumah panjang dan terus dibiarkan tanpa arah tuju penyelesaian masalah itu.

Kini, projek pembangunan baru Bukit Kiara mengancam rumah mereka

Sebuah kumpulan menyokong projek itu, berharap mereka akan menerima rumah baru yang dijanjikan, tetapi ada juga yang tidak mahu meninggalkan kejiranan rumah panjang yang akrab itu.

Selepas berpuluh tahun berlalu, janji masih tinggal janji, harapan penduduk memiliki rumah baru masih tak dipenuhi.

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Recommended