Video Corbin-Ong tiba di bumi Johor

  • 6 years ago
Pemain baru juara Liga Super 2017, La' Vere Corbin-Ong kini sudah tiba di bumi Johor.

Corbin-Ong adalah pemain kacukan Malaysia-Barbados berusia 26 tahun yang dulunya beraksi di Divisyen Dua Belanda bersama kelab Go Ahead Eagles.

Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) juga sudah memulakan sesi latihan selepas rehat panjang malam tadi di Pusat Latihan Padang Seri Gelam.