Semua ketua Bersatu Johor mahu Dr M lantik MB Johor
  • 5 years ago
Ketua-ketua Bahagian Bersatu Johor berikrar memberikan sokongan terhadap pemimpin kanan parti itu bagi memilih sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Johor.

Keputusan itu dipersetujui selepas kesemua 26 ketua bahagian bertemu presiden parti Muhyiddin Yassin tengah hari tadi, kata Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, senator Mohd Nasir Hashim, yang mewakili mereka.