Pinera kembali pimpin Chile sebagai presiden

  • 6 years ago
Sebastian Pinera bakal kembali memimpin Chile tahun depan sebagai Presiden, bersandarkan keputusan pilihan raya pusingan kedua yang hampir selesai dikira.

Pihak berkuasa pilihan raya berkata, calon konservatif berusia 68 tahun itu memperoleh 55 peratus undi dengan 98 peratus daripada keseluruhan kertas undi siap dikira.

Bilionair itu sebelum ini pernah memimpin negara Amerika Selatan itu pada penggal 2010 hingga 2014.

Pesaing berhaluan kiri, Alejandro Guillier, 64, yang bertanding sebagai calon bebas disokong Presiden berhaluan liberal sederhana, Michelle Bachelet, mengakui kalah teruk selepas hanya mendapat 45 peratus undi.

Pinera akan memimpin negara pengeluar tembaga terbesar dunia di Amerika Selatan itu untuk penggal empat tahun mulai Mac depan.

Beliau sekali lagi mengambil alih pemerintahan daripada Bachelet yang dilarang perlembagaan daripada bertanding semula.

Recommended