"Dia bukan tahu apa pun," Dira tempelak Fathia

  • 6 years ago
Pelakon dan pengarah Khaidhirah Abu Zahar menempelak rakan artis Fathia Latiff berikutan ulasannya di laman sosial baru-baru ini.

Khaidhirah atau lebih dikenali dengan Dira Abu Zahar merupakan Exco Puteri Umno Tangga Batu menasihati Fathia untuk turun sendiri ke lapangan sekiranya mahu bercerita isu rakyat.

"Kenapa hendak percaya kepada dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff. Tidak perlu. Dia bukan tahu apa pun. Kalau betul hendak cerita pasal rakyat turun padang macam Puteri UMNO".

Sindir Dira, lebih baik Fathia memperbaiki mutu lakonannya serta kehidupannya dan tidak perlu menyibuk tentang apa yang dilakukan pihak kerajaan.

"Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu, tidak payah sibuk hal kerajaan".

Recommended