Hukuman mati kerana membunuh

  • 6 years ago
Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap Mohd Firdaus Mokhtar, 31, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.