Ahli perniagaan dijatuhi hukuman mati

  • 6 years ago
Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan selepas didapati membunuh seorang eksekutif pemasaran wanita di Sungai Petani pada 2006. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman ke atas Shahril Jaafar selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan melampaui munasabah terhadap pertuduhan.