Ambil masa padam tanah gambut

  • 6 years ago
Jabatan bomba dan penyelamat, JBPM Selangor menjangkakan kebakaran hutan simpan berhampiran kilometer 24.9 lebuhraya elite hanya akan dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh diantara satu dan dua minggu lagi.

Menurut pengarahnya, Othman Abdullah, pasukannya terpaksa mengambil masa yang lama untuk memadam kebakaran itu kerana api merebak di dalam tanah gambut.