Bawa pulang jasad mangsa nahas MH17 ambil masa

  • 6 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu jasad mangsa nahas MH17 mungkin tidak dapat dibawa pulang sebelum Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana proses pengecaman mayat serta ujian DNA akan mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan lamanya. Beliau turut melahirkan rasa marah kerana pihak penyiasat masih belum mendapat akses sepenuhnya di lokasi nahas. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berjumpa dengan Duta Belanda ke Malaysia, Harry Molenaar. Hadir memberi ucapan takziah adalah duta dari Sweden, Argentina dan Rusia.

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani