Khazanah tegas untuk mengurangkan kakitangan MAS

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Khazanah Nasional Bhd, syarikat induk Malaysia Airlines System Bhd (MAS), terus tegas dengan pendiriannya untuk mengurangkan kapasiti operasi syarikat penerbangan nasional itu kepada 14,000 pekerja, iaitu kapasiti operasi yang ideal untuk syarikat berkenaan. Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan sama ada menghentikan 6,000 pekerja akan bergantung kepada pengurusan baharu di bawah Christoph Mueller.