Pusat penempatan untuk kakitangan MAS yang dihentikan

  • 6 years ago
Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan pusat khas bagi memberikan sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 kakitangan Malaysia Airlines MAS yang akan dihentikan berikutan proses penstrukturan semulanya. Menurut Bernama, sumber yang mahir dengan penstrukturan semula berkata, tumpuan pusat penempatan OPC itu adalah untuk menghulurkan semua sokongan berkaitan dan diperlukan kepada pelbagai kumpulan kakitangan yang meninggalkan syarikat penerbangan nasional berkenaan. Ini termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka ketika mereka beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.

Follow us on Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani