Enam peserta pesta bogel mengaku bersalah

  • 7 years ago
Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda 5 ribu ringgit kepada enam individu yang mengaku bersalah terlibat dalam pesta sukan bogel di pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang, 30 Mei lalu. Mahkamah turut menjatuhkan hukuman tambahan enam bulan penjara kepada seorang warga Singapura, Albert Yam Kam Hong kerana menerbitkan klip video pesta berkenaan.

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani