Pesta bogel: 17 Dis sebut semula kes 4 individu

  • 6 years ago
Mahkamah Sesyen Balik Pulau menetapkan 17 Disember untuk sebutan semula kes empat individu yang didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang, bagi membolehkan pihak pembelaan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara. Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas peguam l. Raj yang hadir mewakili peguam tertuduh, memohon tarikh lain bagi sebutan kes terbabit kerana pihak pembelaan mahu mengemukakan representasi berkenaan.