ESSCOM tahan penyeludup dari Selatan Filipina

  • 6 years ago
Cubaan penyeludup dari Selatan Filipina untuk mencerobohan perairan negara di Pantai Timur Sabah berjaya digagalkan anggota Pasukan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata, mereka bagaimanapun berjaya ditahan, selepas bot laju dinaiki mereka berjaya dipintas.

Maklumat awal menunjukkan, ketiga-tiga suspek menyeludup petrol dari sandakan ke Pulau Bangkungan Besar, Filipina.