Elemen militan selatan Filipina perlu ditangani segera

  • 6 years ago
Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh mengenai kewujudan elemen militan negara Islam (IS) di pantai timur Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, pasukan keselamatan tidak boleh memandang ringan kerana kawasan perairan timur Sabah sering berdepan pelbagai isu keselamatan membabitkan jenayah rentas sempadan, serta elemen militan yang dibawa masuk dari selatan Filipina.