Aksi Fattah Amin menimbang bola dengan gayanya

  • 7 years ago
Pelakon popular lelaki negara Fattah Amin memang tidak kering dengan kontroversi yang melanda dirinya.

Dari kisah cinta lokasi bersama pelakon serta usahawan Neelofa dan juga pelakon jelita Nur Fazura hingga adegan 'ciuman' panas bersama Janna Nick dalam drama Dia yang bakal ditayangkan.

Namun dengan segala kontroversi tersebut, Fattah juga ada bakat terpendam sebagai pemain bola sepak.

Rakaman beliau menimbang bola di padang futsal membuktikan bahawa beliau juga bukan sekadar mempunyai bakat berlakon tetapi bermain bola.

Diawal penglibatannya sebagai pelakon, Fattah dikritik teruk hingga digelar 'kayu' gara-gara mutu lakonannya.

Itu dulu, kini beliau tidak 'kayu' dan yang pasti beliau bukan kaki bangku.

Recommended