Penyokong Indonesia maut tertembak suar

  • 7 years ago
Seorang penyokong maut ketika aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Indonesia bertemu Fiji.

Catur Yulianto meninggal dunia kerana tertembak suar setelah perlawanan berakhir.

Media tempatan melaporkan Catur disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital berhampiran.

Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.