Malaysia kalah lagi bertemu Syria

  • 7 years ago
Harimau Malaya kalah bertemu dengan pasukan Syria dalam aksi perlawanan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.

Pemain Syria, Almarmour Mohammad dan Mohamad Rafat Muhtadi menjadi pemusnah buat Malaysia untuk mencatatkan keputusan positif melalui perlawanan tersebut.

Almarmour Mohammad menjaringkan gol cantik menerusi sepakan deras luar kotak penalti menewaskan Khairul Azhan Khalid pada minit ke-83

Selang dua minit Mohamad Rafat Muhtadi memanfaatkan kesilapan pemain Malaysia dengan gol kedua perlawanan.

Malaysia memperoleh gol saguhati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Darren Lok pada masa tambahan minit ke-94.