Lori tangki meletup di Bintulu, orang awam cemas
  • 7 years ago
Sebuah lori tangki membawa bahan api dilaporkan telah meletup di Bintulu.

Menurut akhbar The Star, tragedi itu berlaku pada jam 11.55 am pagi tadi di hadapan Bintulu Medical Centre di Jalan Kindurong di bahagian utara Sarawak.

Semasa laporan ditulis, punca letupan masih tidak dapat diketahui.

Jentera-jentera bomba dan pasukan penyelamat telah pergi untuk mengawal keadaan. Dilaporkan bahawa lima kenderaan terlibat di dalam letupan besar itu.