Video: "Jadi 'drebar' lori tak susah, kita duduk, jalan" - Kak lori

  • 7 years ago
Video wanita lengkap berbaju kurung memandu treler 10 tayar tular di laman sosial sejak minggu lalu.

Dalam salah satu video yang dikongsi wanita yang bernama Rokiah Salim, 51, itu menunjukkan beliau memberi penerangan tentang langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memandu sebuah lori dengan memeriksa minyak hitam dan keadaan tayar.

Harian Metro dalam laporannya pada Isnin memberitahu Rokiah atau lebih mesra dipanggil 'Kak lori' berkongsi video beliau untuk membuka mata masyarakat terutama anak muda bahawa pekerjaan berkenaan tidak rumit atau bahaya.

Tambahnya lagi "ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan ada banyak pekerjaan boleh dilakukan termasuk memandu treler. Cuba dulu, jangan asyik mengharap duit ibu bapa,”.

Kak lori berkata selain memang meminati aktiviti lasak, kerja membawa lori memberikan pendapatan lumayan hingga boleh mencecah RM7,000 sebulan.

Berkenaan baju kurung yang dipakiannya kak lori menjelasnya bahwa pemandu treler perlu memakai seluar panjang dan kasut demi keselamatan.

Walaubagaimanapun beliau memohon kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk berbaju kurung hanya pada setiap hari Jumaat demi menghormati hari berkenaan.

Recommended