Trump tandatangan tarik diri dari TPP

  • 7 years ago
Presiden Donald Trump memenuhi janji kempen dengan menandatangani perintah eksekutif untuk menarik diri daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Trump mula melancarkan agenda dasarnya dengan menandatangani satu siri perintah eksekutif, memulakan minggu pertamanya memegang jawatan presiden Amerika Syarikat yang ke 45.

Trump berkata demikian ketika menandatangani perintah eksekutif di pejabat pada Isnin.

TPP yang dianjurkan Washington dan ditandatangani oleh 12 negara pada 2015, masih belum berkuat kuasa.

Tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripada TPP dijangka akan menamatkan pakatan perdagangan itu di mana negara yang menyertai termasuklah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Brunei.

Recommended