'Hadapi 14 kes dan 5 tahun penjara, tak adil kata saya tarik diri'
  • 2 years ago
Rafizi Ramli berdepan banyak kritikan berhubung keputusannya meninggalkan politik pada penghujung 2018, sejurus selepas tewas tipis kepada Azmin Ali dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR.

Pengkritik berkata bahawa bekas ahli parlimen Pandan itu, yang sebelum ini dilihat sebagai salah seorang penasihat paling rapat dengan presiden PKR Anwar Ibrahim, mempunyai kecenderungan untuk menarik diri apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diharapkannya.

Tetapi dalam temu bual bersama Malaysiakini baru-baru ini, Rafizi berkata itu adalah penilaian yang tidak adil terhadap keputusannya untuk berhenti daripada politik ketika itu.
Recommended