57 maut dalam siri pengeboman di Afghanistan

  • 7 years ago
Lima diplomat Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara 57 yang terbunuh dalam siri pengeboman di seluruh Afghanistan.
Pihak berkuasa berkata ini kerana militan Taliban meningkatkan kempen serangan pada musim sejuk sejak rabu lalu.

Letupan ini berlaku selepas beberapa jam letupan serentak dilakukan Taliban di Kabul menggegarkan bangunan bersebelahan parlimen, menempatkan pejabat pembuat dasar, mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang dan mencederakan 86 lain.