Video: Pengarah urusan syarikat ditetak lelaki tak dikenali

  • 7 years ago
Video seorang lelaki yang merupakan seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta di Kuching, Sarawak berlumuran darah ditetak seorang lelaki tidak dikenali tersebar di media sosial.

Dalam rakaman berkenaan lelaki terbabit kelihatan berlumuran darah dibahagian lengan dan bahu sambil dikelilingan orang awam yang cuba membantu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan kejadian itu dan berkata mangsa berusia 42 tahun itu semasa kejadian baharu sahaja keluar kereta dan berjalan menuju ke pejabatnya di Petanak sebelum didatangi seorang lelaki lalu menetak mangsa mengunakan parang.

Recommended